Kami amat bermotivasi untuk menyediakan pengalaman berkendaraan yang selamat dan menyenangkan, menjana lebihan pendapatan untuk mempercepatkan bayaran pembiayaan hutang serta memastikan pencapaian standard dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Kadar tol dikekalkan pada kadar semasa sehingga tamat lanjutan konsesi
Penstrukturan semula akan membolehkan penjimatan pampasan yang dianggarkan sebanyak RM4.3 bilion kepada kerajaan di mana jumlah ini boleh digunakan untuk kegunaan lain
Semua lebihan atau keuntungan yang dijana akan disalurkan semula untuk menebus lebih awal pembiayaan hutang yang seterusnya membolehkan konsesi dipendekkan