Mengenai Kami

Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad ("ALR") adalah sebuah syarikat swasta tidak berlandaskan keuntungan, yang ditubuhkan dengan tujuan khas untuk mempercepatkan pemendekan konsesi tol dan mengembalikan empat lebuh raya kepada Kerajaan Malaysia. Ia telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 pada akhir tahun 2021.

Pada 13hb Oktober 2022, ALR telah memuktamadkan pengambilalihan empat syarikat konsesi lebuh raya di bawah, menerusi kejayaan terbitan Sukuk Murabahah Kemampanan dan Pelaburan Bertanggungjawab (“Sukuk Murabahah”) penarafan AAA pada harga RM5.5 bilion nilai nominal:

  • KESAS Sdn. Bhd. ("KESAS")
  • Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. ("LITRAK")
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. ("SPRINT")
  • Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd.("SMART")

Syarikat-syarikat konsesi di atas kini merupakan anak syarikat milik penuh ALR.

Di bawah struktur inovatif baharu yang diperoleh daripada pengambilalihan ini, kadar tol semasa bagi keempat-empat lebuh raya di atas akan dikekalkan sehingga akhir setiap tempoh konsesi mereka masing-masing. Nilai sosial dan manfaat utama pada struktur baharu ini ialah:

  • Penjimatan langsung untuk pemandu di semua lebuh raya kami.
  • Penjimatan untuk Kerajaan dari segi penjimatan pembayaran pampasan tol yang kemudiannya boleh disalurkan untuk perbelanjaan pembangunan nasional yang lebih kritikal; dan
  • Penjimatan untuk semua rakyat Malaysia daripada pemendekan tempoh konsesi tol.

ALR dan anak-anak syarikatnya dipantau oleh Lembaga Pengarahnya ("LP"), dan empat syarikat konsesi kita kini terus beroperasi dan melaksanakan penyelenggaraan di lebuh raya bersama pasukan pengurusan dan kakitangan sedia ada.

LP ALR mempunyai tugas fidusiari penuh terhadap pemegang-pemegang Sukuk Murabahahnya.

LP ALR adalah pemegang saham ALR, dan pemegang saham ALR juga adalah Lembaga Pengarahnya.

Pemegang saham ALR adalah tidak bermotifkan keuntungan, justeru itu sebarang pengeluaran apa-apa-dividen atau pengeluaran keuntungan daripada ALR langsung tidak dibenarkan.

Oleh dengan itu, sebarang lebihan pendapatan yang dihasilkan melalui operasi empat lebuh raya tersebut wajib dan hanya boleh disalurkan semata-mata untuk penebusan hutang dan bayaran balik awal Sukuk Murabahah ALR. Ketetapan ini adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat serta pengguna lebuhraya kerana ALR wajib memulangkan konsesi-konsesi kepada Kerajaan, sejurus selepas kesemua hutang kewangannya dilunaskan dengan sepenuhnya.

Dengan struktur ALR ini, lebih banyak lagi trafik di lebuhrayanya, lebih awal lagi tempoh konsesi akan ditamatkan.

Sebagai pemegang amanah kepada empat aset awam yang penting di sekitar ibu kota dan Lembah Klang, kami akan melaksanakan tugas dan mandat yang diberikan secara berkesan dan tanggungjawab, termasuklah menjaga dan melindungi semua pihak yang berkepentingan pada setiap masa. Kami komited untuk menguruskan Syarikat ALR dengan cara yang menyeluruh, tanggungjawab dan mampan.

Amanat Kami

Untuk memastikan mobiliti bandar untuk rakyat, dengan mengutamakan keselamatan para pemandu di samping mengekalkan kadar tol secara berterusan bagi memastikan kemampuan pengguna kenderaan.

Untuk mencapai hasrat Kerajaan untuk memansuhkan pembayaran pampasan sepenuhnya di samping mengekalkan kemampuan pemandu pada kadar tol semasa.

Untuk mempercepatkan era tol nominal atau sifar untuk rakyat pengguna lebuhraya.

Piagam Kami

1

Kami akan menguruskan perniagaan dan hal-ehwal anak-anak syarikat konsesi lebuhraya kami dengan penuh integriti, dalam memenuhi peraturan, keperluan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan kewajipan mereka terhadap Perjanjian Konsesi.

2

Keselamatan pengguna lebuhraya kami akan diutamakan.

3

Kami akan melindungi kepentingan pembiaya kami pada setiap masa dan memenuhi kewajipan menjelaskan hutang kepada mereka pada tepat masanya secepat mungkin.

4

Kami akan berusaha untuk menjana keuntungan dan meningkatkan tahap kewangan dalam segala urusan kami, demi satu matlamat iaitu untuk menyalurkan semua keuntungan dan peningkatan tahap kewangan bagi menjelaskan dan mempercepatkan penebusan penuh hutang kewangan pembiaya kami.

5

Kami akan memulangkan Konsesi kepada Kerajaan, secepat mungkin2 selepas penebusan penuh hutang kewangan kepada para pembiaya kami – untuk mencapai kenyataan Amanat #3 di atas.

6

Dengan ini, kami akan memastikan benefisiari utama keuntungan dan peningkatan tahap kewangan kami adalah semestinya pengguna lebuh raya, melalui pelaksanaan tol nominal atau sifar.

7

Kami akan memperuntukkan segala sumber lebihan yang ada untuk meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya dan/atau untuk peningkatan mobiliti bandar untuk pengguna lebuh raya selepas penamatan mandat kami dan pengembalian Konsesi.

8

Kami akan berusaha untuk memaksimakan peningkatan tahap kewangan kami dengan memberi tumpuan kepada inisiatif utama berikut:
  1. kecekapan kos operasi;
  2. pengurusan tunai dan perbendaharaan yang cekap dengan penuh kesedaran mengenai pengurusan risiko berhemat rizab tunai kami; dan
  3. mendorong dan menggalakkan penggunaan berterusan lebuhraya kami melalui kecemerlangan operasi.

9

Kami akan sentiasa telus kepada konstituen berhubung mandat dan piagam kami. Oleh it, kami akan menunjukkan keadaan hal ehwal kewangan secara dwi-tahunan dan menyediakan status kewangan terkini dalam mencapai mandat kami.

10

Kami akan memastikan bahawa ahli lembaga pengarah kami mempunyai tahap integriti dan etika peribadi yang tertinggi, dan mewakili pihak profesional yang tidak berpolitik serta mempamerkan khidmat yang diteladani dalam bidang, industri atau sektor masing-masing, disertai tempoh perkhidmatan yang cemerlang.

2 pemulangan Konsesi hendaklah dilakukan serta-merta apabila sumber tunai mencukupi untuk menanggung dan membayar semua kos dan perbelanjaan pemberhentian perniagaan dan penamatan pekerjaan.

Corporate Governance

Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad directors and management are committed in maintaining good corporate governance by constantly having in place an effective corporate governance framework.

Click here for:

Anti-Bribery & Corruption Policy Statement

Anti-Bribery & Corruption Policy

Whistleblowing Policy & Procedure

Whistleblowing Reporting Form