Encik Chew merupakan Ahli Fellow Akauntan Bertauliah (FCA, CAANZ) dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dengan pengalaman yang luas dalam sektor khidmat penasihat perniagaan, perundingan kerajaan, pengurusan korporat dan telah menggalas beberapa jawatan lembaga pengarah. Beliau memulakan kerjayanya di sektor awam pada tahun 1980 selepas menamatkan pengajian daripada University of Auckland, New Zealand, dan bersara sebagai rakan kongsi kanan global syarikat Arthur Andersen pada tahun 2002. Beliau telah mengetuai pelbagai projek rundingan Kerajaan yang melibatkan dasar awam dan reformasi sektor awam, pengkorporatan dan penswastaan monopoli terkawal seperti industri lapangan terbang, penyiaran, telekomunikasi dan utility, serta Bina-Operasi-Pindah (BOT) dan kerjasama awam swasta (PPP) bagi projek infrastruktur baru di lebuh raya, pelabuhan dan perkhidmatan awam. Pengalaman Encik Chew yang meluas dalam khidmat penasihat perniagaan untuk syarikat-syarikat berstatus GLC dan PLC juga merangkumi, pemulihan perniagaan, pengurusan prestasi, pengurusan kos, dan pengurusan perubahan. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif Dataprep Holdings Bhd dari tahun 2004 sehingga 2008, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan IT yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kemudian, dari tahun 2008 sehingga 2010, beliau memegang jawatan Pengarah Urusan (Divisyen Penasihat Strategik) Maybank Investment Bank Berhad. Beliau juga turut menyandang jawatan sebagai Ahli Suruhanjaya di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selama 2 penggal dari tahun 2013 sehingga 2021.
JAWATAN PENGARAH LAIN:
- MISC Berhad (Bursa Malaysia)
- Zico Holdings Inc (SGX-Catalist)